Please Jangan Tackle Aku

Download Please Jangan Tackle Aku PDF/ePub or read online books in Mobi eBooks. Click Download or Read Online button to get Please Jangan Tackle Aku book now. This website allows unlimited access to, at the time of writing, more than 1.5 million titles, including hundreds of thousands of titles in various foreign languages.
Please... Jangan ‘Tackle’ Aku

MENYANGKA yang dirinya telah dizalimi Eizhan, kekasihnya sendiri, Nur Naziha mula membenci lelaki. Dia kemudiannya bekerja di sebuah farmasi di Mentakab. Di situ, dia diburu cinta Lokman Azad, duda kematian isteri. Lemas dikejar cinta duda itu, Nur Naziha nekad letak jawatan dan kembali ke Kuala Lumpur. Tetapi, di kota raya itu juga hidupnya tidak aman. Eizhan yang tidak pernah melupakan Nur Naziha, terus mencari dan menagih cintanya. Begitu juga dengan Marzuki, abang tiri Eizhan yang ligat memburu Nur Naziha untuk memuaskan keegoannya. Kemudian, kemelut semakin meruncing apabila muncul Ridzuan Hakeem, seorang kanak-kanak lelaki comel di dalam hidup mereka. Siapakah sebenarnya Marzuki dalam hidup Nur Naziha? Dan siapakah kanak-kanak yang bernama Ridzuan Hakeem itu? Di antara Eizhan, Marzuki dan Lokman Azad, di pangkuan siapakah kasih Nur Naziha mendarat?
My Lovely Tengku 2

Apalah makna kehidupan andainya cinta dan kasih sayang tiada. Perkahwinan Tengku Akif dan Zara Irdina mula teruji setelah mempunyai empat orang cahaya mata. Kebahagiaan yang terbina membuatkan orang yang tidak suka dengan mereka berdua mula diracuni. Semuanya bermula apabila Tengku Cempaka mahu Tengku Akif menjadi pewaris takhta di tempatnya. Anak-anak Tengku Cempaka membantah, malah Tengku Mawar yang rapat dengan Tengku Akif mula membenci Tengku Akif dan Zara Irdina. Tengku Cempaka pula diracuni Tengku Bakar yang masih ada hati untuk bermenantukan Tengku Akif. Dia berhasrat mahu menjodohkan Tengku Fiona dengan Tengku Akif demi takhta Tengku Cempaka. Racun yang ditabur mula meresap dalam hati Tengku Cempaka dan bermulalah sengketa antara Tengku Akif dengan bondanya. Lebih kesal Tengku Cempaka mula mengungkit tentang Zara Irdina yang berstatus anak haram. Berjayakah Tengku Akif mempertahankan cintanya dan keluarganya?
Cinta Batu Giling

PERKENALAN antara Hanim dan Aldir bermula di Facebook. Namun, setelah bertemu dua muka, mereka berdua sering bertelingkah. Malah, Aldir sering buat hati Hanim tergores luka. Aldir punya alasan tersendiri menyisihkan Hanim. Berasa diri tertipu, akhirnya Aldir terpikat pada kejelitaan Hana yang jauh beza berbanding Hanim. Hubungan makin sukar apabila Aldir jatuh hati pada kakak Hanim. Dalam masa yang sama, Aldir memaksa Hanim bekerja di Restoran Siang Malam miliknya, demi melunaskan hutang. Hati Hanim sentiasa disakiti dan terluka. Cuma saat manis itu tetap ada walaupun pahit sering menimpa hubungan Hanim dan Aldir. Saat batu giling menari, ketika itu sebenarnya irama cinta mereka sedang menari bersama. "Ada ke patut, hari-hari disuruhnya Nim menggiling cili dan rempah-ratus tak sudah-sudah, mak. Katanya, secret recipe untuk restorannya." - Hanim "Habis, kerja high class macam mana yang you mahu? Jadi tauke restoran macam I? Tunggu I nikah dengan kakak you dulu." - Aldir "Tak apalah, kalau bahan tu memang keperluan utama restoran dia. Dia menghargai warisan keturunannya. Kau ada? Mak ni hari-hari buat kuih macam-macam, ada kau dua beradik bercita-cita macam Aldir tu nak kembangkan perniagaan mak? Ada?" - Puan Maimun