My Lovely Tengku 2

Download My Lovely Tengku 2 PDF/ePub or read online books in Mobi eBooks. Click Download or Read Online button to get My Lovely Tengku 2 book now. This website allows unlimited access to, at the time of writing, more than 1.5 million titles, including hundreds of thousands of titles in various foreign languages.
My Lovely Tengku 2

Apalah makna kehidupan andainya cinta dan kasih sayang tiada. Perkahwinan Tengku Akif dan Zara Irdina mula teruji setelah mempunyai empat orang cahaya mata. Kebahagiaan yang terbina membuatkan orang yang tidak suka dengan mereka berdua mula diracuni. Semuanya bermula apabila Tengku Cempaka mahu Tengku Akif menjadi pewaris takhta di tempatnya. Anak-anak Tengku Cempaka membantah, malah Tengku Mawar yang rapat dengan Tengku Akif mula membenci Tengku Akif dan Zara Irdina. Tengku Cempaka pula diracuni Tengku Bakar yang masih ada hati untuk bermenantukan Tengku Akif. Dia berhasrat mahu menjodohkan Tengku Fiona dengan Tengku Akif demi takhta Tengku Cempaka. Racun yang ditabur mula meresap dalam hati Tengku Cempaka dan bermulalah sengketa antara Tengku Akif dengan bondanya. Lebih kesal Tengku Cempaka mula mengungkit tentang Zara Irdina yang berstatus anak haram. Berjayakah Tengku Akif mempertahankan cintanya dan keluarganya?
Bintang Hati Marlisa

Sakit kepala apabila seorang gadis terpaksa memilih satu daripada dua lelaki. Itu yang terjadi pada Marlisa, gadis yang sering bermasalah. Masalah keluarga belum selesai, dia tersepit pula dengan dua lelaki. Jihan Kamal seorang bintang dan Hazim seorang jurukamera sanggup berperang untuk memenangi hati Marlisa. Hati Hazim menjerit memikirkan Marlisa adalah salah satu peminat nombor satu Jihan Kamal! Bagi Hazim, Marlisa hanya untuknya. Kedua-duanya mencintai Marlisa. Pening! Marlisa pening! Apa yang harus Marlisa lakukan? Adakah dia perlu meminta nasihat Lat selaku sahabat baiknya yang selalu menyakitkan kepala? Hanya BINTANG HATI MARLISA yang dapat menyingkap segala-galanya.
Abang Driver

Rupa, harta atau cinta? Nurul Abyannajah atau nama gelarannya Abie, gadis kecil molek yang menggalas semua bebanan dalam hidupnya. Dilahirkan dalam keluarga bermasalah menjadikan tugas menyara keluarga menjadi tanggungjawabnya. Kerana kasih kepada orang tua, dia cuba menyenangkan keluarganya walaupun kadangkala permintaan mereka di luar kemampuan. Dia pasrah. Sehinggalah emaknya mahu mengahwinkan dia dengan lelaki kaya di kampung, dia tidak mampu untuk menolak. Kehadiran Azfar dalam hidupnya ketika dia dilanda kekeliruan bagaikan penyelamat. Apatah lagi Azfar menyuarakan hasratnya pada emak Abie sendiri. Sekali lagi dia pasrah, walaupun hatinya bagaikan dipaut dengan seorang pemandu bas bernama Zulqarnain, namun lelaki itu tiada harta. Dia yakin emaknya tidak akan mahu menerima Zulqarnain. Dugaan demi dugaan datang menimpa, mampukah Abie menepis segala yang datang? Sedangkan cintanya sendiri membuat dia semakin keliru. "Awak bertuah tau dalam ramai perempuan yang nak berkenalan dengan saya, awak seorang aje yang saya call. Ramai yang ternanti-nanti panggilan saya tau." - Zulqarnain "Amboi Encik Zulqarnain, angkat bakul nampak! Tu orang lain. Saya ni tak pernah pun nak bermimpi minta awak call tau. Awak yang cari saya." - Abie "Saya... saya dah jatuh hati pada awak. Saya tak sanggup kehilangan awak. Saya tahu saya ni duda dengan dua orang anak yang masih kecil. Tapi awak jangan risau, saya takkan biarkan anak-anak saya menjadi beban dalam hubungan kita. Please Abie.... saya ingin berkongsi segala kesusahan awak." - Azfar