Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak Kanak Berkeperluan Khas Penerbit Usm


Download Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak Kanak Berkeperluan Khas Penerbit Usm PDF/ePub or read online books in Mobi eBooks. Click Download or Read Online button to get Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak Kanak Berkeperluan Khas Penerbit Usm book now. This website allows unlimited access to, at the time of writing, more than 1.5 million titles, including hundreds of thousands of titles in various foreign languages.

Download

Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas (Penerbit USM)


Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas (Penerbit USM)

Author: Lee Lay Wah

language: ms

Publisher: Penerbit USM

Release Date: 2016


DOWNLOAD





Pengurusan tingkah laku merupakan aspek penting dalam pendidikan khas yang setakat ini kurang diberi perhatian yang sewajarnya. Buku Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas mengandungi himpunan strategi untuk meningkatkan tingkah laku positif kanak-kanak berkeperluan khas. Program pengurusan tingkah laku ini adalah hasil usaha kolaboratif panel pakar bidang pendidikan khas serta pakar bidang keperluan khas klinikal. Strategi-strategi yang dipersembahkan dalam program pengurusan tingkah laku ini adalah berasaskan prinsip behaviorisme, pembelajaran sosial dan kognitif-behavioral. Di samping teori, langkah pelaksanaan yang merangkumi langkah penyediaan bahan dan langkah implementasi dijelaskan. Program pengurusan tingkah laku ini sesuai diaplikasi di dalam kelas pendidikan khas, kelas inklusif, persekitaran terapi klinikal serta di rumah. Penyelidikan kajian lapangan telah dilaksanakan untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan strategi ini di dalam kelas pendidikan khas. Ibu bapa, keluarga, pengamal pendidikan khas seperti guru serta pengamal kesihatan seperti ahli psikologi merupakan sasaran pembaca buku ini. Buku ini juga sesuai digunakan sebagai buku teks akademik untuk pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang pendidikan khas. Pihak pengarang berharap agar buku ini boleh memanfaatkan semua anggota masyarakat yang terlibat dalam proses pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.

Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak Berkeperluan Khas (Penerbit USM)


Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak Berkeperluan Khas (Penerbit USM)

Author: Mohd Zuri Ghani

language: ms

Publisher: Penerbit USM

Release Date: 2011


DOWNLOAD





Insan istimewa yang lahir ke dunia ini ibarat sehelai kain putih. Walaupun kanak-kanak ini dilahirkan sebagai insan istimewa, namun mereka juga mempunyai hak untuk mendapat pendidikan yang sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Justeru, guru, ibu bapa dan masyarakat perlu memainkan peranan yang penting dalam melakar masa depan yang gemilang buat kanak-kanak ini. Kebolehan dan kemampuan mereka untuk menerima ilmu pengetahuan tidak boleh di pandang ringan oleh masyarakat. Malah masyarakat seharusnya memberi peluang kepada mereka untuk merasai proses pembelajaran yang berkesan agar mereka mampu berdikari dan menyumbang kepada masyarakat, bangsa dan negara pada masa hadapan. Berlandaskan tuntutan tersebut, maka buku Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak Berkeperluan Khas ini membawa pembaca mengenali dan memahami kaedah dan strategi pengajaran yang berkesan untuk kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai keperluan individu yang berbeza. Pelbagai kaedah pengajaran dan intervensi dikemukakan di dalam buku ini bagi mengatasi masalah menyebut, mengeja, membaca dan mengira. Huraian yang ringkas, padat dan mudah difahami ditambah pula dengan contoh-contoh pengajaran dan pembelajaran yang relevan pada masa kini sudah pasti menjanjikan kepuasan kepada pembaca. Sesungguhnya pendekatan yang digunakan oleh penulis mampu merungkai segala persoalan yang terbuku di minda pembaca mengenai insan istimewa. Universiti Sains Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia

Pengantar Pendidikan Khas (Penerbit USM)


Pengantar Pendidikan Khas (Penerbit USM)

Author: Mohd Zuri Ghani

language: ms

Publisher: Penerbit USM

Release Date: 2011


DOWNLOAD





Siapakah yang dikategorikan sebagai murid-murid berkeperluan khas? Siapakah pula yang memerlukan pendidikan khas? Anda akan temui jawapannya di dalam buku ini. Perbincangan, kupasan dan huraian secara mendalam bagi setiap kategori murid-murid istimewa diolah di dalam buku ini dengan menggunakan ayat yang mudah, berbantukan statistik dan ilustrasi untuk memudahkan pemahaman pembaca. Aspek etiologi, ciri, punca dan sebab berlaku atau lahirnya anak-anak istimewa ini juga dibincangkan.Turut dibincangkan ialah identifikasi awal dan cadangan teknik atau pendekatan untuk berhadapan dengan golongan seumpama ini. Buku ini diolah mengikut sukatan pelajaran universiti dan maktab perguruan tempatan. Justeru ia sangat berguna sebagai bahan rujukan serta teks wajib bagi semua warga pendidik dan pensyarah yang berkecimpung dalam bidang pendidikan khas. Walau bagaimanapun, pendekatan yang ringkas menjadikan buku ini juga sesuai dijadikan sebagai panduan ibu bapa dan harus dimiliki oleh semua golongan masyarakat di luar sana yang prihatin untuk lebih memahami golongan istimewa ini.