Pengurusan Sumber Manusia Dalam Sektor Awam

Download Pengurusan Sumber Manusia Dalam Sektor Awam PDF/ePub or read online books in Mobi eBooks. Click Download or Read Online button to get Pengurusan Sumber Manusia Dalam Sektor Awam book now. This website allows unlimited access to, at the time of writing, more than 1.5 million titles, including hundreds of thousands of titles in various foreign languages.
Pengurusan Sumber Manusia dalam Sektor Awam

Buku ini ditulis dengan harapan ia dapat membantu pembaca mendapatkan bahan rujukan yang tepat dan terkini dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia. Sebelum ini kebanyakan buku Pengurusan Sumber Manusia yang ada dalam pasaran ditulis secara umum, buku ini sebaliknya memberikan fokus khusus kepada konsep dan amalan Pengurusan Sumber Manusia dalam sektor awam. Buku ini meneroka semua tema dan konsep utama Pengurusan Sumber Manusia, dan memperkenalkan isu-isu penting yang mempengaruhi amalan kontemporari dalam organisasi terutamanya sektor awam. Ia juga menyajikan maklumat dengan penerangan yang jelas dan mudah difahami. Sasaran utama buku ini adalah golongan pelajar sarjana muda kerana ia menepati tahap dan keperluan mereka. Namun begitu, ia juga sesuai untuk pekerja sektor awam dan pembaca umum yang ingin meningkatkan lagi pengetahuan berkaitan bidang Pengurusan Sumber Manusia. Pembaca buku ini akan dapat belajar tentang konsep-konsep terkini, teknik dan praktis terbaik dalam merekrut, mengembangkan, dan mengekalkan pekerja. Buku ini juga berperanan penting dalam membantu organisasi dan individu memahami, mengelola, dan memanfaatkan pekerja secara efektif dalam mencapai tujuan organisasi dan peribadi.
Transformasi Sumber Manusia dalam Sektor Awam (UUM Press)

Perubahan persekitaran pekerjaan pada peringkat global dan tempatan telah membawa perubahan kepada tingkah laku dan pemikiran pekerja. Keadaan ini memerlukan transformasi pengurusan sumber manusia agar potensi dan bakat yang dimiliki oleh pekerja dapat dimaksimumkan bagi memberikan perkhidmatan yang bernilai tinggi kepada masyarakat. Bakat dan potensi pekerja dapat dimaksimumkan dengan kemudahan teknologi dan Internet yang telah mengubah cara pemikiran dan interaksi antara pekerja sesama pekerja, pelanggan dan pihak berkepentingan yang lain. Berasaskan kepada sumber manusia sebagai aset penting organisasi, buku ini membincangkan peringkat transformasi yang berlaku dalam organisasi dengan memberi pendedahan pada peringkat awal dari segi konsep, perkembangan dan pengaruh persekitaran kerja yang dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja. Transformasi ini diikuti oleh peringkat pertengahan berkaitan dengan fungsi, pendekatan, proses dan teknik dalam mengurus sumber manusia berserta rujukan kes semasa yang bersesuaian. Peringkat akhir transformasi ini membincangkan strategik pengurusan sumber manusia yang boleh dilakukan oleh pembuat dasar dalam merangka program yang bersesuaian untuk kesejahteraan pekerja. Strategi yang relevan dengan keperluan pekerja perlu diberi perhatian bagi memastikan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh pekerja diberi penghargaan dan dikongsi dengan pekerja yang lain, terutama pengetahuan tasit.
Undang-Undang dan Tadbir Urus Sumber Manusia (UUM Press)

Buku ini mengupas tentang perundangan berkaitan sumber manusia dan tadbir urus organisasi sektor awam dan swasta di Malaysia. Penulisan dalam buku ini dibincangkan mengikut tema yang khusus bermula dengan perspektif hubungan majikan dan pekerja, isu-isu perundangan dalam perhubungan pekerjaan dan tadbir urus pekerja di sektor awam. Buku ini mampu menyediakan pembaca dengan maklumat dan panduan berkaitan isu-isu kontemporari tadbir urus dan sumber manusia secara ilmiah. Kebelakangan ini, pelbagai bentuk cabaran timbul dalam menguruskan sumber manusia di sesebuah organisasi, sama ada organisasi awam ataupun swasta. Segala isu dan permasalahan berkaitan dengan sumber manusia perlu ditangani dan diuruskan dengan sebaiknya. Paling penting, ia hendaklah berpandukan kepada perundangan sedia ada memandangkan perhubungan majikan dan pekerja adalah berbentuk perhubungan yang terkawal serta berada di bawah pemantauan undang-undang. Justeru, undang-undang adalah satu aspek yang tidak boleh dielakkan dalam menguruskan sumber manusia. Buku ini bukan sahaja mensasarkan golongan pekerja, malah meliputi majikan, pengurus, pelajar dan mereka yang bakal menempuh alam pekerjaan untuk memahami isu-isu yang berkaitan. Walaupun berkonsepkan perundangan, maklumat dan kupasan isu-isu dikemukakan menerusi pendekatan umum dan bersifat santai bagi memudahkan kefahaman pembaca. Hal ini sekali gus dapat mendekatkan pembaca dengan bidang undang-undang.