Kerana Mu Aku Berubah

Download Kerana Mu Aku Berubah PDF/ePub or read online books in Mobi eBooks. Click Download or Read Online button to get Kerana Mu Aku Berubah book now. This website allows unlimited access to, at the time of writing, more than 1.5 million titles, including hundreds of thousands of titles in various foreign languages.
Keranamu Aku Rela

Air mata Tasnim tidak pernah kering. Merebut cinta Jeffrey dia dibenci keluarga lelaki itu. Namun jodoh mereka kuat. Dia bahagia. Malangnya takdir menentukan Jeffrey disahkan menghidap leukimia. Setiap hari menunggu mati, Jeffrey hiba melihat derita Tasnim. Dia merencana sendiri. Isterinya berhak memiliki bahagia kedua. Jadi, Tasnim mesti dilepaskan. Tasnim akan dipaksa kahwin lain. Dia sendiri sudah memilih lelaki yang bakal menjadi suami baru Tasnim. Cinta Tasnim cinta mati. Berulang kali dia menolak kemahuan Jeffrey. Dia rela jadi balu daripada mereka bercerai hidup! Namun, Jeffrey tetap melafazkan talak. Tasnim pasrah. Hatinya remuk-redam. Mereka berpisah bukan dek sengketa! Cuma, dia bingung disuruh mengahwini lelaki yang memang dikenalinya. Kuatkah Jeffrey melihat dia bersama lelaki itu? Bahagialah, Tasnim. Cinta matimu hidup dalam hatiku.
Musafir Perindu

Danau Tarbiyah Nilam Puri menemukan Annur dengan Iman dan Amar. Iman, pesona hatinya bagaikan laut yang tenang di tengah malam. Amar pula sering mencipta amarah dan perbalahan dengan Annur. Padahal tanpa sedar nama Annur telah pun terukir di relung hatinya. Annur terkesan dengan keperibadian Iman. Keluhuran jiwa itu membuatkan dia merasa tidak layak lalu dia memendam perasaan sendiri. Namun, doa dan harapannya akhirnya menjadi nyata. Sebuah hubungan yang diikatkan dengan baitul muslim kerana cinta ALLAH dan perjuangan Islam. Malangnya, kebahagiaan Annur hanya sementara. Takdir ALLAH tak siapa dapat menghalang. Iman koma dan mewasiatkan agar Annur mengahwini Amar. Annur bertegas tetap mahu setia dengan Iman.
Doa & Tip Keluarga Bahagia

KEBAHAGIAAN sesebuah rumah tangga itu tidak datang bergolek. Ciptalah melalui cinta yang sejati untuk merasai bagaimana manisnya keharmonian itu. Amalkan sikap saling memberi dan menerima setiap kelebihan dan kekurangan pasangan kerana tiada satu makhluk pun yang diciptakan serba sempurna. Mohonlah kepada-NYA agar kehidupan kita sentiasa dipayungi dengan nikmat sakinah, mawaddah dan rahmah. Ceriakanlah diri agar tidak mudah melatah dengan mainan hidup di dunia yang fana ini. Andai sesekali diuji, anggaplah bahawa cabaran itu adalah untuk memantapkan lagi iman kita. Jadikanlah hati kita hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang berzikir dan akal yang berfikir. DOA & TIP KELUARGA BAHAGIA ini amat sesuai sebagai pedoman agar hidup kita sentiasa diiringi doa, harapan dan kasih sayang. Lihatlah... betapa indahnya perjalanan kehidupan bulan yang sentiasa bertolak ansur dengan matahari. Pabila waktu malam sudah sampai penghujungnya, bulan seolah-olah memberi laluan untuk matahari keluar dari persembunyian. Begitulah perancangan dan ketetapan ALLAH yang sangat teratur dan penuh makna tersirat. Moga kita dapat mencontohinya; tenang membina kebahagiaan di dunia dalam landasan TUHAN, di akhirat pula mendapat ganjaran yang dijanjikan. Insya-ALLAH.