Kejoraku Bersatu

Download Kejoraku Bersatu PDF/ePub or read online books in Mobi eBooks. Click Download or Read Online button to get Kejoraku Bersatu book now. This website allows unlimited access to, at the time of writing, more than 1.5 million titles, including hundreds of thousands of titles in various foreign languages.
Tak Sangka Aku

Persahabatan sejak kecil di antara Farah dan Faizam sering kali disalah erti semua. Johan mencintai Farah namun tidak mampu diluahkan kerana dirasakan Faizam menjadi penghalangnya. Malah dia sedar yang Farah membencinya. Manakala Faizam pula mencintai Balkis namun gadis itu sentiasa bersikap dingin dengannya. Farah sendiri punya cinta buat Johan namun kerana benci, perasaan itu tidak disedarinya. Ikhwan pula cuba meraih cinta Farah walaupun dia tahu mustahil mereka dapat bersama. Rancangan diatur Ikhwan untuk menghapuskan Faizam dan Johan agar dia dapat memiliki Farah. Nisda pula mendendami Farah tetapi mencintai Johan dalam diam. Dapatkah Johan dan Farah bersatu? Mampukah Faizam menakluk hati dingin Balkis? Tercapaikah impian Ikhwan untuk memiliki Farah serta membunuh musuh-musuh ketatnya, iaitu Faizam dan Johan? Berjayakah Nisda dalam mengejar cinta Johan dan melunaskan dendamnya terhadap Farah? “Aku nak kau tahu Farah yang kau adalah hati aku selama ini. Tempat aku merasai segalanya tapi Balkis adalah nyawa aku. Hilang kau bermakna aku hilang segala rasa hidup, hilang Balkis bermakna aku mati Farah.” ~ Faizam “Aku sanggup kehilangan seribu Johan tapi aku tak sanggup kehilangan sahabat sejati seperti kau Zam. Aku sanggup hilang segalanya asalkan kau dan Balkis masih di sisi aku selamanya.” ~ Farah “Kau ingat aku nak biarkan kau ambil Farah begitu mudah? Dia hak aku dan tetap akan jadi hak aku sampai ke akhir hayat kami. Tak ada siapa pun yang boleh pisahkan kami kecuali atas kehendak ALLAH.” ~ Johan
Isteriku Naik Hantu

Persahabatan Qarina dimusuhi teman baik sendiri. Sepuluh tahun dia mengunci rapat pintu hatinya. Baginya, kasih pada Iqram adalah kasih tersimpul mati. Dia sudah serik mempunyai teman baik dan kekasih hati. Fareez Aiman memegang prinsip cintanya sendiri. Cinta sebelum kahwin, sorry... memang dia tidak layan. Baginya, cinta selepas berkahwin penuh dengan nikmat dan berkat. Tetapi ada yang kata, dia tidak pandai bercinta kerana dia kategori mamat poyo. Kerana cinta terluka, Qarina mengakui Fareez adalah bakal tunangnya kepada Iqram dan Balqis tanpa dia tahu Fareez sebenarnya sepupu Iqram. Apabila rahsia sudah terbongkar, mereka bersatu di dalam ikatan yang sah. Setelah berumah tangga, baru Qarina sedar. Mamat poyo sebenarnya adalah mamat romeo. Apabila hati sudah berbunga sayang, dugaan pula melanda. Iqram menagih janji lama. Nelly pula datang menggoda. Walaupun dalam hati masing-masing sudah berputik cinta, tetapkah Qarina menjadi milik Fareez? Atau Iqram juga yang mampu mengisi kekosongan hati? Antara kata minda dan kata hati, siapa yang berhak di sisi? “Qina, ikhlas ke awak terima saya sebagai teman hidup awak?” - IQRAM “Masalahnya, saya dah termengaku tadi. Saya pun panik, bila akak cakap saya bakal tunang akak. Nasib baik akak ni kira cun jugak, kecil molek. Kalau tak, mahu menangis saya kat situ. Dahlah makan tak kenyang.” - FAREEZ Alamak, lebih-lebihlah pulak orang tua ni. Kut ya pun nak buat aku jadi menantu, janganlah dengan budak bawah umur ni. Anak lain dah tak ada ke mak cik oi? - QARINA
Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM): Nasi Lemak

Antologi Komik-M yang menghimpunkan karya para pemenang Cabaran Komik Online Malaysia ke-6 (CKOM6) pilihan juri dan editor. Diterbitkan dengan istimewa secara berkembar, CKOM: RESIPI LEGENDA dan CKOM: NASI LEMAK. Dapatkan kedua-duanya serentak untuk keenakan membaca yang maksimum. *CKOM adalah sayembara komik anjuran portal MatKomik.com dengan kerjasama Komik-M selaku penaja utama dan turut ditaja oleh PTS Bookcafe, Expertees, dan King Patin.