Jeritan Puaka
Download Jeritan Puaka PDF/ePub or read online books in Mobi eBooks. Click Download or Read Online button to get Jeritan Puaka book now. This website allows unlimited access to, at the time of writing, more than 1.5 million titles, including hundreds of thousands of titles in various foreign languages.
Sang Purba
Masanya sudah tiba! Kuasa hitam sudah bangkit! Kuasa yang akan memusnahkan dunia jika tidak dihalang! Dato Saufie segera mengumpulkan manusia yang telah ditakdirkan menentang Sang Purba yang dibantu oleh Tar dan Nyi Ratu Kidul. Pengembaraan mereka bermula menyelusuri alam bunian, bertemu naga Tasik Chini, berdepan dengan hantu gigi jarang dan menentang tentera junta Myanmar. Mampukah Dato Saufie mencari serta meyakinkan Haziq, Aiman Aklaken, Raiqal, Salim Bach dan Shikin menentang makhluk durjana yang dibangkitkan apabila sumpahannya terlerai? Berjayakah misi mereka menentang Sang Purba? “Dunia memang takkan kiamat lagi. Tapi dunia akan sengsara jika tuan tak bertindak sekarang.” - Dato Saufie “Jadi saya dan Raiqal diperlukan untuk menghadapi Sang Purba?” - Aiman Aklaken “Buru makhluk pemakan daging manusia! Dah lama aku nak buru makhluk tu!” - Raiqal
AZAZIL
Persengketaan di bumi bermula sejak penderhakaan pertama di langit!~ SINOPSIS Bermula Perang Salib, dunia tercampak ke dalam petaka yang dahsyat. Seekor makhluk derhaka lahir dan mencetuskan hura-hara serta kacau bilau. Dunia cuba diheretnya sehingga ke titik kehancuran! Sehingga pada tahun 2018, Firman dan Izara masih tidak berputus asa mencari Furqan yang dilarikan Azazil. Dalam masa sama, Malaysia digemparkan dengan penemuan mayat wanita hamil dalam keadaan mengerikan. Lambang misteri ditinggalkan di lokasi kejadian. Inspektor Rasyid yakin kes yang berlaku mempunyai kaitan dengan kejadian ngeri pada tahun 2015. Doktor Latifah seorang pakar psikiatri hadir bagi membantu siasatan. Ustaz Yusrizal juga turut muncul untuk menyelamatkan keadaan. Tanpa sedar nyawa mereka menjadi buruan! “Manusia... selama-lamanya makhluk yang lemah dan terkutuk!” ~ Azazil “Syaitan selama-lamanya berada dalam kebatilan. ALLAH akan bantu aku memerangi kau Azazil!” ~ Firman “Demi ALLAH, aku akan balas setiap perbuatan makhluk terkutuk tu! Walaupun nyawa aku bercerai daripada badan!” ~ Inspektor Rasyid Menarik tentang buku ini: Karya ini mengetengahkan tentang isu kewujudan Azazil iaitu syaitan yang paling jahat dalam golongan makhluk terkutuk itu. Sejarah tentang kewujudan Azazil juga diceritakan di dalam karya ini. Tugas-tugas Azazil ini, selain daripada menghasut manusia melakukan kejahatan, ia juga turut membunuh manusia menggunakan cara halus sehingga menyebabkan kematian yang berlaku amat tragis. Tujuan Azazil ini membunuh adalah untuk menambahkan lagi pengikutnya, kerana dia akan memastikan manusia yang dibunuhnya akan menyekutukan ALLAH dan mengikut perintahnya. Selain itu, dia mahu mahu manusia tunduk kepadanya dan menyembah dajal. Akhirnya dia manusia akan mati di dalam kesesatan dan mensyirikkan ALLAH. Elemen seram dan saspens yang ditonjolkan di dalam karya ini amat berkesan kepada pembaca. Selain itu, keinsafan pasti wujud di dalam hati pembaca apabila membaca tentang kekejaman yang dilakukan oleh Azazil. Elemen keagamaan yang diselitkan juga sedikit sebanyak dapat memberikan panduan kepada pembaca agar tidak melakukan perkara-perkara yang menyekutukan ALLAH.
Bayangan
Sudah sembilan tahun Nizam disahkan menghidap bipolar disorder. Dalam keriuhan dia dibadai tangisan. Ketika tenang dia diamuk amarah. Tatkala sepi dia digeletek ketawa. Hidup ibarat di pinggir neraka. Tetapi semua tanpa sedarnya. Tuhan menyuluh selorong jalan untuk dia kembali mengharap. Secebis kesempatan itu adalah peluang untuk dia menjejak keberadaan Hajar yang 17 tahun lenyap tanpa khabar. Hajar perlu ditemui sebelum keadaannya bergolak dengan emosi yang huru-hara. Tetapi sejak itu dia kerap mengalami sesuatu yang menakutkan. Tidak kira sama ada di rumah atau di tempat kerja. Dia diganggu sesuatu yang membuatkan dia menggigil dan terlalu gementar. Apa yang dia alami ini mengelirukan fikirannya. Tak pasti apakah semua itu sekadar mimpi atau delusi? Dia hanya mahu bertemu dengan Hajar. Tetapi kenapa seperti ada misteri yang mengekori? Sedangkan semua insan di sisinya baik-baik sahaja. Barangkali ada rahsia yang tersembunyi. Dan apabila ia terbongkar, barulah kita sedar... realiti sebenarnya lebih menggerunkan daripada mimpi ngeri. “Nizam tak tahu apa yang jadi, apa yang Nizam dah buat. Kadang-kadang Nizam rasa macam dalam mimpi, tapi macam betul-betul jadi. Entahlah... Nizam macam tak berapa sedar, mak.” - Nizam “Yang merisaukan mak uda sekarang ni, kenapa ada lebam-lebam kat lengan Nizam? Kat dada pun ada bekas-bekas luka warna hitam. Seumur hidup, tak pernah lagi Nizam kena macam ni.” - Fauziah “Benda yang paling penting dan jadi bahan bukti cuma CCTV. Dan rakaman CCTV yang aku tengok tu membuatkan aku meremang.” - Irwan “Saya rasa macam ada sesuatu yang misteri pasal awak, Nizam.” - Hajar