Awek Abang Poyo

Download Awek Abang Poyo PDF/ePub or read online books in Mobi eBooks. Click Download or Read Online button to get Awek Abang Poyo book now. This website allows unlimited access to, at the time of writing, more than 1.5 million titles, including hundreds of thousands of titles in various foreign languages.
Awek Abang Poyo

Kasdina Alya - Seorang gadis cun, cekal dan bersemangat waja. Bersendirian mengharungi suka-duka kehidupan di kota London. Anas Irfan - Jejaka handsome yang poyo giler. Buat part-time di tempat yang sama dengan tempat Kasdina bekerja. Walaupun munculnya cuma dua hari dalam seminggu, namun kewujudannya sudah cukup membuatkan Kasdina sesak nafas dan huru-hara. Suatu hari, Anas menyelamatkan Kasdina daripada dilanggar kereta. Pertolongan tersebut diwartanya sebagai hutang, dan Kasdina perlu membayar dengan dipaksa menyamar menjadi kekasihnya. Tujuannya adalah untuk ditunjukkan pada ibu bapanya yang sedang bercuti di UK, yang dia ada awek lawa yang boleh dijadikan menantu. Takdir berlaku tidak seperti yang dirancang. Ibu bapa Anas terus tertarik dengan Kasdina sebaik saja mereka melihat keperibadiannya. Masalah sedia ada bertambah rumit, bila mama Anas menyarungkan cincin bertunang ke jari manis Kasdina. Tidak semena-mena, dia telah menjadi tunang brader poyo itu dalam sekelip mata. Kacau, memang jiwanya bertambah kacau. Hatinya bertambah sakit bila mat poyo tu selamba saja setuju dengan pertunangan ‘mee segera’ itu.
Cinta Tiga Suku

‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran. Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang. Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda. Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.
Encik Abangku Romantik

Kahwin? Minta maaflah! Widelia mahu jadi lawyer dan mak andam glamor terlebih dahulu. Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan, dia tetap tidak akan terima. Alasannya not my taste! Tapi… lelaki bernama Haikal tu lain daripada yang lain. Walau Wedia jawab tak suka, dia terus kejar dan paksa gadis itu jatuh cinta padanya. Agresif betul mamat tu! Muka temboklah katakan… Iqbal juga sukakan Widea. Tapi cuma simpan dalam hati saja. Tak berani konon! Helo, encik abang... Zaman sekarang kalau sudah tangkap cinta kenalah terus kata suka. Nanti melepas… gigit jari, padan muka! Masalahnya sekarang… Widea tetap kata, jangan buang masa. Buatlah apa pun, dia belum nak tukar status! Tapi Haikal, terus push, push, push! Iqbal pula… dalam hati ada taman bengong sorang-sorang.