Hidayah Cinta

Hidayah Cinta

Publication Date: 2008

Publisher: PTS Millenia Sdn. Bhd.

Pages: 402

Format: Paperback

Author: Ilham Hamdani

3.77 of 27

Click the button below to register a free account and download the file


Download PDF

Download ePub

*Disclosure:“This post may contain affiliate links and I earn from qualifying purchases”.


Ibaraki, atau lebih tepatnya perdaerahan Hitachi di tanah Sakura; tempat seorang pelajar Malaysia mendalami ilmu kejuruteraan mengambil tempat sebagai lokasi penceritaan. Bandar Hitachi; sebuah daerah di timur kotaraya Tokyo, bersempadan dengan laut, bukit-bukau yang hijau, tasik membiru menjadi latar sebuah permulaan percintaan, Umar Thilmisani dan Ayumi.

Testimonial :

Membaca karya Ilham Hamdani ini bagaikan menyusuri sendiri jalan-jalan sepi di Ibaraki, bagaikan benar-benar bernafas dalam nafas Umar Thilmisani, bagaikan berada dalam resah dan harap Ayumi. Penceritaan yang terkesan di hati. Sarat dengan sempadan dan teladan. Dan ingatan pada Dia yang berkuasa di atas tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Novel yang segar persis bunga-bunga sakura yang tidak akan hilang seri, meski alam saling bergantian antara musim-musim dingin yang menikam, bunga yang riang, panas yang menggigit dan luruh yang asyik...

John Norafizan, Novelis Sempadan Tanpa Seri, Berikan Aku Satu Bintang, Cinderella Hati dan Garis Dejavu

Kandou shimatsu (terharu) Itu reaksi spontan usai membaca Hidayah Cinta. Ya, diakui cinta dan kasih sayang itu adalah satu anugerah terulung dari al-Khaliq. Adaptasi cinta dan kasih sayang oleh penulis melebar tanpa sempadan. Tidak hanya cinta Thilmisani kepada Ayumi, juga cinta dan pengorbanan Thilmisani yang mendermakan sebelah buah pinggangnya untuk Hiroo, sahabat akrabnya. Paling agung, cinta Ayumi kepada Islam. Saya kagum dengan latar belakang penceritaan di bumi sakura yang dibuat dengen begitu terperinci. Pembaca seperti dibawa mengembara ke bumi matahari terbit itu. Cukup menerjah semula kenangan lama saya di Fukushima, semasa berkelana selama empat tahun dahulu.

Blogger Rudy Bluehikari, lulusan Fakulti Undang-undang, Universiti Fukushima, Jepun.

Saya mengenali tulisan Ilham Hamdabni agak lama sejak kelahiran cepen sulungnya, Wardah Ain Salbila, malahan saya mengikuti jatuh bangunnya, buta celiknya dalam penulisan. Pada saya Hidayah Cinta adalah karya terbaiknya setakat ini. Sebagai wanita, saya cukup tersentuh. Watak Ayumi begitu meninggalkan kesan! Saya melihat babak demi babak tentang Ayumi yang berjaya diadun baik antara ramuan cinta dan agamanya. Ah, latar belakang bumi sakura menambahkan rasa lazat dalam Hidayah Cinta. Sama ada abnda pencinta biasa, ayaupun pencintya agama, Hidayah cinta punya kedua-duanya

Sri Diah, Novelis & editor Kumpulan Karangkraf