Wacana Warisan Pelancongan Dan Seni Dalam Kearifan Tempatan Penerbit Usm

Download Wacana Warisan Pelancongan Dan Seni Dalam Kearifan Tempatan Penerbit Usm PDF/ePub or read online books in Mobi eBooks. Click Download or Read Online button to get Wacana Warisan Pelancongan Dan Seni Dalam Kearifan Tempatan Penerbit Usm book now. This website allows unlimited access to, at the time of writing, more than 1.5 million titles, including hundreds of thousands of titles in various foreign languages.
Wacana Warisan, Pelancongan Dan Seni Dalam Kearifan Tempatan (Penerbit USM)

Buku ini mengandungi 14 makalah yang dibahagikan ke dalam tiga bahagian seperti tercermin dalam judulnya. Bahagian I di bawah tema Warisan mengandungi lima makalah dan mengetengahkan tema warisan. Membahas tentang migrasi orang Melayu ke Australia berdasarkan kearifan bangsanya, identiti sosial dan kuasa dalam sistem politik Melayu; resolusi berasaskan cara lama dalam Sumpahan Pocong, disintegrasi Melayu dan perlindungan belantara dalam kearifan bangsa di rantau ini. Dalam bahagian II di bawah tema Pelancongan juga terdapat lima makalah. Menongkah sebagai produk budaya untuk pelancongan, kempen kepentingan warisan dalam pelancongan, ekopelancongan di Kuala Sepetang, warisan beca dalam pelancongan dan potensi Muar sebagai destinasi pelancongan. Bahagian terakhir, iaitu bahagian III di bawah tema Seni memuatkan empat makalah yang mengandungi perkampungan kraftangan di Kelantan, seni pertukangan Cina dalam reka bentuk masjid di Melaka, rumah tradisional Negeri Sembilan dan adaptasi seni bina dalam pentadbiran Turki Utmaniyyah sorotan terhadap kearifan tempatan. Kesemuanya ini ialah hasil penyelidikan para akademik dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan ilmu kearifan tempatan di rantau ini. Jadi secara keseluruhannya tidak kira dalam bidang apa sekalipun, kesemuanya ada hubung kait dengan kearifan tempatan. Hal ini tentunya melambangkan sumbangan ilmu masyarakat lampau di rantau ini telah berkembang dalam hampir kesemua bidang ilmu. Terdapat banyak manfaat yang boleh diperoleh daripada buku ini.
Penerokaan Teknologi Melalui Seni Dan Warisan Dalam Kearifan Tempatan (Penerbit USM)

Buku ini membentangkan kearifan tempatan dalam bentuk seni dan warisan. Keindahan seni dan keunikan teknologi dalam kehidupan masyarakat nusantara; khasnya masyarakat Melayu menjadikannya unggul dalam kelas yang tersendiri. Ilmu kearifan tempatan ini perlu dihubungkaitkan dengan penerokaan penggunaan teknologi dalam memelihara seni dan warisan. Ilmu kearifan tempatan yang ditekuni merangkumi pelbagai disiplin yang dikelompokkan ke dalam beberapa alam, seperti alam sejarah, alam sastera, alam pendidikan, alam masyarakat desa, alam perubatan tradisional, alam rohaniah, alam seni, alam pembinaan, alam perkapalan dan perniagaan, alam pengurusan/adat tradisional Melayu, alam air, alam belantara dan alam pertanian. Justeru, demi melestarikan kepelbagaian disiplin alam ini, buku Penerokaan Teknologi Melalui Seni dan Warisan dalam Kearifan Tempatan menyajikan ilmu kearifan tempatan dalam teks berbahasa Melayu. Universiti Sains Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia
Tun Saban Pengasas Hulu Perak: Persejarahan dan Kelestarian Warisan

Tun Saban Pengasas Hulu Perak: Persejarahan dan Kelestarian Warisan menampilkan perdebatan yang luas dan terperinci tentang asal usul, sejarah dan warisan Tun Saban selaku tokoh pengasas dan pembesar yang berkuasa di Hulu Perak sebelum kesultanan Melayu di negeri Perak diasaskan oleh Sultan Mudzaffar Shah I pada tahun 1528. Perbincangan dibahagikan secara berfokus kepada dua bahagian yang mengandungi 17 bab. Bahagian A khusus membincangkan aspek persejarahan Tun Saban dalam merintis asas penerokaan Hulu Perak pada awal abad ke-16 yang lalu bersumberkan sejarah dan dokumentasi istana, mitos dan legendanya. Pelbagai bentuk kajian masa lalu tentang ketokohan Tun Saban di Hulu Perak perlu diberikan penilaian semula berdasarkan sumber dan sudut pandangan yang baharu agar sentiasa segar dalam pengetahuan masyarakat masa kini. Bahagian B pula membincangkan aspek kelestarian warisan Tun Saban di Hulu Perak. Tun Saban dikesan banyak meninggalkan warisan yang ada kaitan dengan kewujudan tempat, keturunan, gelaran jawatan, legasi kepimpinan dan sebagainya. Penulisan buku ini merupakan suatu usaha untuk mengukuhkan kedudukan Tun Saban sebagai pengasas Hulu Perak dan sekali gus membuka ruang perbincangan tentang kelestarian warisan yang memberikan impak kemasyarakatan di negeri Perak Darul Ridzuan pada abad ke-21 ini.