"Junai Jockey" berkisar tentang kasih, keegoan dan cita-cita dua remaja. Remaja pertama adalah Mana, pengurus pasukan bola keranjang Sekolah Tinggi Saijou. Seorang yang cuai dan sering gagal dalam usaha, sikap tersebut walau bagaimanapun membuatkannya secara tidak langsung jatuh hati dengan remaja kedua iaitu Haruka, pelajar lelaki yang setahun lebih muda daripadanya. Dalam pada itu, Haruka turut mempunyai masalah sendiri sikap hidung tingginya mengakibatkan dia cukup dibenci oleh ahli pasukan yang lain. Adakah Mana akan terus mengekalkan lelaki itu di tempatnya, atau dia akan tunduk kepada harga diri seorang pengurus dengan melepaskannya? Bagaimana pula reaksi Haruka terhadap segala hal ini?
Buku ini turut mengandungi tiga lagi kisah yang membawa persoalan tentang kejahilan cinta, kementahan cinta, dan yang pasti, kewujudan cinta di sekeliling kita.