Paula, kucing bertaraf Instafamous yang terlajak diva, Pemiliknya Datin Paduka Erna Aina sangat memanjakan Paula bagaikan kucing diraja. Penjagaan diri dan kecantikan pula mengalahkan manusia. Hasilnya, ia menjadi kucing paling terkenal di alam nyata dan alam maya. Bukan sekadar menjadi penghias muka hadapan majalah, malah menjadi model dan jurucakap produk kesihatan kucing juga.
Namun. di seballk segala kemewahan yang dicurahkan, tersimpan rasa tidak puas hati dalam jiwa seorang manusia. Murni - pembantu perihadi yang juga merupakan anak saudara Datin Paduka Erna Aina, menyimpan dendam terhadap Paula. Hati bertambah sakit apabila makciknya yang bertaraf jutawan itu mewasiatkan sebahagian besar harta kepada si kucing tercinta. Bengang sungguh tidak terkata, harta bernilai berjuta juta diwasiatkan kepada kucing yang tidak tahu apa apa?
Lantaran kehencian dan dendam mula beraja, Murni mula memasang pelan menyingkirkan Paula. Di hadapan Datin Paduka, Paula dihelai-belal manja. Namun
apabila tiada mata yang memandang, si meow menjadi tempat melepas geram.
Bukan itu sahaja, Murni turut menyusun misi membunuh dan menghapuskan Paula supaya dia dapat menjadi penama harta.