Jasad Mek Romah yang hancur dalam letuoan bom langsung tidak menghancurkan semangat Siti Aishah dan Fatmah. Mereka bangkit berjuang bersama anak didik Mek Romah yang cekal setia menuntut kemerdekaan tanah sendiri yang terjajah.
Mat Husin juga cuba menunjukkan bahawa dalam dirinya mengalir darah Mek Romah dan Haji Mat Daud yang mati demi bangsa dan tanah air. Kematian Mek Romah telah memanaskan darahnya hingga dia berikrar untuk menyambung perjuangan Mek Romah yang belum selesai.
Namun dengan kail yang sejengkal, Mat Husin kecundang!