Buku MALAYSIA 1945-2000 yang terdiri daripada lapan bab ini memuatkan beberapa peristiwa terpilih. Perbicaraan menyentuh persoalan bangsa Melayu yang telah melalui pelbagai cabaran sejak era sebelum merdeka sehinggalah ke zaman pascamerdeka. Bermula dengan sebuah pertuanan Melayu yang bebas merdeka, sejarah memperlihatkan bangsa Melayu telah dijajah silih berganti oleh kuasa asing, terutamanya kuasa Barat. Tanggal Ogos 1957 menyaksikan Tanah Melayu telah bebas daripada penjajahan setelah melalui perjuangan menuntut kemerdekaan yang panjang dan menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.
Malaysia 1945-2000
ISBN: 9676121991
ISBN 13: 9789676121998
Publication Date: 2009
Publisher: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Pages: 333
Author: Ishak Saat