Kesakitan adalah perihal kemahuan yang diletakkan dalam ruang yang salah. Kadang-kadang dalam detik yang pantas, parkara yang dipaksa-paksa kejadiannya dan perasaan yang bertemu dalam keadaan berlainan sifatnya.
Dan kerap kali kau lupa, persoalannya bukan bagaimana bentuknya apabila ia hadir, tapi bagaimana setiap satunya diharungi jika bersabar menjadi penyelesaian. Persoalan seterusnya lebih rumit. Kau terlalu berharap sesuatu yang tak pasti dan lupa mencintai persekitaran yang sedia diberi kerana terlampau mengejar masa hadapan.
Jadi kali ini, aku mahu kau duduk diam di satu sudut dan lupakan setiap kejadian, detik dan ruang.
Mula berfikir soalan-soalan ini.