Ini adalah sekumpulan esei dari sekumpulan anak muda yang terpisah-pisah; jarak, umur, jantina, kepercayaan, ideologi; yang tidak berapa berani, tidak cukup radikal, dan mungkin juga tidak turun padang pun! Ini adalah pandangan-pandangan/ kritikan-kritikan/ kutukan-kutukan mereka tentang sistem pendidikan umumnya, universiti lebih khusus, ada yang mengatakan universiti sudah mati, universiti sudah tidak relevan lagi, ada yang mahu menghapuskan universiti dan kemungkinan ada juga esei yang langsung tidak anti universiti! Ada yang mengatakan universiti itu candu, universiti itu tempat memudaratkan, dan ada juga terjemahan esei Chomsky!
Anti Universiti
Publication Date: January 20, 2018
Publisher: Republik Buku
Pages: 242
Format: Paperback
Authors: Farisi Che, Naim Fahmi, Redo Gemuk, Arief Azmi, Benz Ali, Muhammad Alif Razali, Beduk Logam, Black Bladerz, Taerra, Farahani R., Haniff Mahat, Muhammad Zinnurain bin Mohd Nasir, Rien SD, F.J. Habibie, Mohd Hasnul, Zek de la Rocha