Cikgu Azharuddin sering menerima cabaran getir dalam usahanya membangunkan pasukan bola sepak di sekolahnya. Tindakan pengetua sekolah yang mengarahkan pasukan bola sepak dibubarkan telah membawa konflik dan permusuhan antara Cikgu Azharuddin dengan majikannya. Pelbagai sabotaj dihadapinya - bilik gerakan pasukan bola sepak dibakar, fail-fail dimusnahkan, dan ugutan yang menakutkan. Semua insiden itu ditimbulkan untuk menggagalkan usaha murni Cikgu Azharuddin. Mengapakah Cikgu Azharuddin dimusuhi? Siapakah dalang di sebalik permusuhan tersebut? Mampukah Cikgu Azharuddin bertahan?
Di Sini Langkah Bermula
ISBN: 9834902182
ISBN 13: 9789834902186
Publication Date: 2016
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Pages: 359
Format: Paperback
Author: Alias Ismail