OTG adalah himpunan karya beliau yang memuatkan mono dan mini drama yang sebahagiannya telah dipentaskan di bawah arahan beliau sendiri. Naskhah drama dalam buku ini merupakan cabaran kepada setiap pelakon yang ingin mengukur dan membuktikan bakat lakonan mereka dengan menukar dan memainkan pelbagai watak dalam waktu yang sama. Ternyata Hatta mahu kembali ke definisi teater terawal yang mana teater wujud sekalipun dengan hanya seorang pelakon dan penonton.
OTG
ISBN: 9834900678
ISBN 13: 9789834900670
Publication Date: 2015
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Pages: 295
Format: Paperback
Author: Hatta Azad Khan