Empat watak fiktif dari cerpen Sesudah Perang, Jika Esok Tiba, Dalam Kabus dan Tik!Tik! Tik! tiba-tiba ditemui hidup dalam dunia nyata oleh seorang watak dalam novelet ini. Mereka didapati berkelana, di sebuah dunia dengan kehidupan jungkir baliknya, berkembang mengikut waktu dan peristiwa yang membengkak bersama-sama imejan, fenomena ambiguiti dan perlambangan dalam kancah sosial dan politik di "negeri belalang". Hampir semuanya aneh. Karya ini juga dibumbui unsur anakronisme dan simulacrum.
Membingungkan? Memang itulah antara ciri karya kreatif pengarang novelet ini, yang mahu mengajak pembaca ikut aktif mengambil bahagian dalam menafsir wawasannya, ambguitinya dan pandangan dunianya.