Pada Suatu Ruang, sebuah kumpulan cerpen oleh Sasterawan Negara S. Othman Kelantan memuatkan sebanyak 20 buah cerpen yang memaparkan pelbagai tema dan persoalan, secara tersirat dan tersuratnya, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air.
Elemen dalaman cerpen-cerpen ini merupakan rakaman kreatif persekitaran beliau yang sekaligus memancarkan citra, cita-cita dan minda sepanjang seabad perjalanan sejarah tanah air yang dilewati. Kumpulan cerpen ini merupakan perada warisan yang mengilaukan tamadun bangsa dan sekali gus menjadi mercu tanda klasik arena pencerpenan yang terakam dalam bahasa Melayu.