Bagi seorang lelaki, dijodohkan dengan wanita cantik yang berasal dari keluarga kaya-raya bagai mimpi di siang hari.
Itulah yang terjadi pada Willy, seorang pegawai pemasaran yang baru diberhentikan kerja menjelang hari perkahwinannya. Selepas bertengkar dengan tunangnya, Willy tanpa sengaja terjumpa seutas rantai cantik di depan sebuah rumah mewah. Ketika Willy mengembalikan rantai itu, dia diminta untuk menikahi Sumaya, anak pemilik rumah yang tersergam indah.
Namun, siapa sangka tuah yang mendatang hanyalah ‘selimut’ bagi sebuah malapetaka yang perlahan-lahan akan ‘memakan’ orang yang terbuai ke dalamnya.