IRIS - EKA FAHARA
Sofia menolak lamaran Aydan dan itu kehancuran Aydan. Bagi Aydan kalau cinta bukan untulk dimiliki, ke mana cinta mereka hendak dibawa! Siapa sangka, asbab keluhan itu rupa-rupanya ada pelangi indah sedang menanti di hadapan. "lzinkan Aydan menemani Iris seumur hidup, will follow, protect and take care of you, That's my promise," janji Aydan. lris... kaulah satu untukku dan duniaku pasti milikmu.
MENDEKATI-MU - WEEDA AIRIZA
Mencari ketenangan bukan mudah seperti yang disangka Julia dan Lily. Keduanya mash dijerut memori lama yang melukakan biarpun sudah 12 tahun ianya berialu. Lily harus belajat erti reda blla bertemu Ekhwan kembali. Manakala Julia tidak menyangka, jatuh cinta pandang pertamanya dengan Ústaz Firdaus membuatkan dia mula menghakimi diri sendiri.
BALLADE POUR ADELINE - NORZAILINA NORDIN
Adelin Mikayla tidak, menyangka Dr Lokman yang digilai ramai
jururawat itu menyukainya. Di ambang kekeliruan hati, gadis itu terpaut pada alunan Ballade Pour Adeline ' yang terpasang satiap kall menjejak kafe Le Gouter. Siapa sangka. Fawwaz Muqri pula mahu mencuri kasihnya? Ah, Adelin jadi resah!
BERSAMA AKHIRNYA - DAMYA HANNA
Aira dan Najmi membina perkahwimn atas dasar cinta. Mereka
berjanji untuk sehidup semati dan mengimpikan kebahagiaan sepanjang hayat Namun selepas 10 ahun hubungan merela berubah dingin dan kemesraan menjadi hambar, Apakah masih ada sinar buat mereka mempertahankan rumah tangga yang kian retak seandainya perpisahan menjadi pilihan?
MENYESAL -AISYA SOFEA
Bagi Suri, Zayn adalah cinta pertamanya. Namun Zayn menolak sekeras-kerasnya cinta Suri yang terhampar luas unuknya. Bila gadis itu mula menjauhkan diri mampukah Zayn menyembunyikan rasa rindunya? Sanggupkah Zayn melepaskan Suri bila mengetahui gadis yang dianggap seperti adik itu akan pergl jauh daripadanya?