Bungan, seorang gadis introvert, menjalani kehidupan kampusnya yang dipenuhi dengan kecintaan terhadap seni muzik dan buku serta kemesraan dengan teman-teman rapat dan kekasihnya Nick Chang. Namun, setelah Nick tiba-tiba menghilang tanpa jejak selama beberapa bulan, kemunculan semula Nick membuka pelbagai pintu persoalan.
Di tengah-tengah keriuhan kehidupan kampus yang semakin memanas dengan perdebatan kultur, warna-warni pemberontakan, dan gelombang melodi keamanan, Bungan tekad merungkai misteri kehilangan Nick ke titik paling tersembunyi antara mereka.