Blogspot, Multiply, dan WordPress adalah antara pembekal perkhidmatan blog yang menjadi pilihan pengguna Internet. Berbeza daripada Blogspot dan Multiply, WordPress menyediakan kod sumber yang dapat dipasang sendiri ke dalam web server. Tidak hairan, hingga kini WordPress menjadi platform blog kegemaran pengguna Internet yang banyak dipasang ke dalam web server. Pengguna WordPress bebas menentukan jenis templat dan plugin yang diinginkan serta arah, bentuk, dan stail blog yang sesuai dengan cita rasa.
Buku ini memaparkan secara khusus tentang koleksi plugin yang digemari oleh pengguna blog WordPress. Beberapa plugin pilihan mengandungi fungsi bagi:
Menampilkan status laman sosial
Penghantaran e-mel
Memaparkan gambar thumbnail
Menambah koleksi emotikon
Menterjemah ke dalam 40 bahasa
Mengedit gambar
Mencantikkan alamat blog
Menampilkan dalam telefon bimbit
Menambah peta lokasi
Menghubungkan kedai online