Embun Vokey

Embun Vokey

Publication Date: 2013

Publisher: e-Sentral

Format: ebook

Author: Monalita Mansor

0.00 of 0

Click the button below to register a free account and download the file


Download PDF

Download ePub

*Disclosure:“This post may contain affiliate links and I earn from qualifying purchases”.


Dato’ Nazri Rahim, bekas pelajar sebuah sekolah vokasional yang berjaya di dalam bidangnya berpunca daripada pendidikan yang diperolehinya di sekolah tersebut. Beliau menjadi kebanggaan semua dan telah dijemput untuk memberikan ceramah kepada para pelajar baru sempena minggu orientasi sekolah tersebut. Kedatangannya menguak nostalgia lama. Setiap inci bumi sekolah itu mengimbau kenangan zaman awal persekolahannya bersama senior dan teman-teman sebaya. Berbagai kenangan manis, pahit dan lucu terhimbau sedikit demi sedikit. Beliau telah menerima sebuah diari lama, milik teman lama Anom Atila. Sahabat yang sudah lama dilupakan kerana berlaku peristiwa pahit di antara mereka berdua. Kehadiran diari itu, melebarkan lagi kuakan memori terutamanya pada insiden yang menjadikan mereka terus hanyut dengan rasa curiga dan dendam. Diari itu juga mencatatkan kisah suka duka Anom Atila sepanjang berada di sekolah itu. Ia juga membongkar latar diri Anom Atila dan punca kehadirannya ke sekolah itu. Pandangannya yang sedikit berbeza mengenai minggu orientasi membuktikan kecekalannya melalui hari-hari awal di sekolah berasrama. Cinta monyet yang sepatutnya indah menjadi catatan duka di dalam kehidupan remaja mereka berdua. Turut tercoret, alasan kenapa dia tidak dapat memaafkan Nazri di atas kejadian tersebut. Kemaafan hanya terakam ketika hari kematiannya menjemput. Itupun tidak kesampaian kerana surat yang sepatutnya tiba ke pangkuan Nazri, tidak tiba.