Mistika Legenda mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang tokoh legenda yang tersohor di Pulau Langkawi iaitu Mahsuri Binti Pandak Mayah. Mahsuri adalah seorang wanita yang dikatakan cukup sempurna dari segala segi. Cantik, beriman, dan berpendirian teguh. Kisahnya pula disebut orang sejak zaman berzaman kerana wasiat terakhirnya yang telah memberikan impak yang begitu besar kepada Pulau Langkawi. Sebelum meninggal dunia, Mahsuri telah berdoa kepada tuhan agar menjadikan Langkawi, ‘Padang Jarak Padang Terkukur’ selama tujuh keturunan kerana kezaliman yang telah dilakukan kepadanya. Ketika dibunuh, tubuh Mahsuri telah memancarkan darah berwarna putih sebagai bukti kesuciannya.
Menariknya novel ini, ia juga terkandung semua kisah mitos dan legenda lain yang ada di Pulau Langkawi. Cerita-cerita lain yang terdapat di dalam novel ini adalah seperti berikut :
- PUTRI MAMBANG SARI DAN TASIK DAYANG BUNTING
- SANG GEDEMBAI
- GUA CHERITA
- GUA LANGSUIR
- PARI-PARI TELAGA TUJUH
- MERONG MAHAWANGSA
- JENTAYU DAN GARUDA
- GERGASI MAT RAYA DAN MAT CHINCHANG
- BERAS TERBAKAR
- TELAGA AYER HANGAT
- ASAL NAMA-NAMA TEMPAT DI PULAU LANGKAWI
Di dalam novel ini juga terdapat banyak puisi moden dan tradisional seperti Sajak, Pantun, Syair, Gurindam, dan Seloka yang sangat penting dalam Pendidikan Sastera Bahasa Melayu. Bacalah novel Mistika Legenda untuk mengalami pengembaraan dan keajaiban yang luar biasa berselang-selikan dengan kisah-kisah yang boleh dijadikan contoh serta tauladan.