Kumpulan Drama Anna
merupakan karya Sasterawan Negara Kemala yang
memaparkan empat (4) drama, iaitu "Malam Perhitungan", "Anna", "Di Bumi Lain" dan "Kelongsong".
Menerusi karya ini, Kemala bijak
mencanai pengalaman dan
pemerhatiannya dalam karya-karyanya
dengan menggarap tema kemanusiaan,
moral, falsafah hidup dan nilai-nilai
murni yang menyentuh isu
kehidupan masyarakat
Kemala menerima Anugerah penulisan
Asia Tenggara (S.E.A Write Awards)
tahun 1986 daripada kerajaan Thailand.
Pada tahun 2011, kerajaan Malaysia
mengurniai beliau Anugerah Sastera
Negara dan dinobatkan sebagai
sasterawan Negara ke-11