Warna Perang

Warna Perang

ISBN 13: 9789676120X

Publication Date: 2007

Publisher: Utusan Publications & Distributors

Pages: 192

Format: Paperback

Authors: Saifullizan Yahaya, Rozlan Mohamed Noor, Nor Azah Abd. Aziz, Ahmad Kamal Abdullah, Salina Ibrahim

4.00 of 6

Click the button below to register a free account and download the file


Download PDF

Download ePub

*Disclosure:“This post may contain affiliate links and I earn from qualifying purchases”.


Warna Perang menghimpunkan karya-karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006 iaitu; 10 buah cerpen, 10 buah puisi dan 2 buah rencana sastera. Karya-karya tersebut merupakan cetusan daripada idea-idea pengarang mapan dan pengarang generasi baharu.

Karya-karya yang termuat dalam antologi ini memperlihatkan kematangan pengarang dalam menggarap isu-isu semasa sosial, budaya, ekonomi dan politik yang bersifat setempat dan sejagat. Kepekaan pengarang juga jelas terpancar melalui pemilihan subjek yang memaparkan bibit-bibit pemikiran dekolonisasi rohani. Pemikiran ini menggamit keyakinan diri terhadap kekuatan akar tradisi bangsa sebagai senjata untuk menghadapi godaan dan cabaran hegemoni neokolonialisme.

Puisi "Warna Perang" yang menjuduli antologi ini membawa mesej perang yang ditafsirkan sebagai angkara nafsu yang mengakibatkan kedukaan, kehancuran kedamaian, dan sentiasa mengancam kehidupan manusia tanpa kesudahan. Secara tidak langsung, khalayak diajak untuk memikirkan kesan buruk akibat perang dan menjauhinya sedaya mungkin.

-sumber: http://www.ujanailmu.com.my/pd_warna_...