Di Barat, mereka panggil ia flash fiction, microfiction, atau short short story. Di sini, kita panggil ia cerkas (cerita ringkas), atau certot (cerita kontot). Punyalah ringkas, sampai kau sempat baca satu cerita masa tivi sedang tayang iklan. Punyalah ringkas, sampai panjang satu cerita cuma jarak satu stesen LRT. Kerana hari ini, cerpen pun dah dianggap panjang dan lambat macam siput babi. Novel apatah lagi. Dalam dunia yang serba pantas ini, semua benda kita nak cepat. Kecuali inzal.